kopi mahal masuk IPTA

Friday, June 27th, 2008

kopi mahal dibenarkan beroperasi di IPTA.. apalah rasionalnya benarkan benda-benda macam nie beroperasi di IPTA.. salah satu sebab yang diwarwarkan adalah kerana nak masukkan sistem wi-fi.. ces!! tak perlu masukkan kopi mahal pun sebenarnya boleh masukkan sistem wi-fi..

zaman barang naik nie sepatutnya kita ajar budak2 universiti nie berjimat bukannya semakin membazir duit.. kalau nak minum kopi bancuhlah sendiri.. kalau nak makan donut mintalah emak di kampung buatkan.. aku rasa kos hantar kopi dari kampung ke universiti pun confirm lagi murah daripada beli secawan kat kedai kopi mahal nie!!..

subsidi akan diberi untuk mengurangkan harga kopi mahal nie.. tapi kalau dipikirkan secara logik berapa sen sangat boleh syarikat kopi mahal nie kurangkan harga.. mesti nak jaga kualiti dan imej produk masing-masing.. kalau murah nanti takdelah orang2 kaya yang nak datang minum lagi!!..

kalau diteruskan kita akan nampak dikalangan budak2 IPTA nie akan terbahagi kepada: 1. Budak-budak yang memang mampu beli kopi mahal nie dan lepak berjam-jam; 2. Budak-budak yang tak mampu dan boleh telan air liur je lah tengok dari luar sambil mengumpat budak-budak yang ada kat dalam; 3. Budak-budak yang takde duit tapi nak belagak punya pasal pergi minum jugak kat kopi mahal nie.. semua kategori budak-budak yang dihasilkan seperti di atas takkan mendatangkan apa-apa faedah pun kepada agama, bangsa dan negara..

satu lagi cadangan yang lebih munasabah kalau kita buka peluang kepada franchise bumiputera berniaga kat IPTA nie.. bukannya tak ada bumiputera buat kopi dan donut.. so apa kat bagi peluang pada mereka nie.. sekurang-kurangnya kita memperkenalkan jenama sendiri di IPTA.. harga pun tak lah semahal harga kopi mahal nie..

ataupun banyak cadangan yang didengar adalah dengan menyuruh pelajar sendiri berniaga di universiti masing-masing.. so semangat berniaga nie dah boleh dipupuk dari zaman universiti lagi.. kan ke bagus begitu!!..

kebelakangan nie.. semakin hari semakin banyak keputusan dan cadangan yang bodoh dibuat.. tak paham aku!!..