hartanah lokasi strategik pulangan tinggi
Wednesday, July 23rd, 2008hartanah menjamin pulangan yang tinggi.. yang penting pilih kawasan yang mempunyai lokasi yang baik.. jadi keyword untuk hartanah nie adalah LOKASI.. dan yang kedua.. kalau ada lebihan modal membeli lot-lot kedai adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan..
artikel yang menarik untuk dikongsi bersama..
—————————————-
Instrumen pelaburan tradisional, hartanah sentiasa menjanjikan pulangan menarik.
DALAM keadaan pasaran saham yang kurang memberangsangkan serta kadar faedah bank yang rendah ketika ini, mungkin ramai yang mahu memindahkan dana mereka ke pelaburan yang menjanjikan pulangan lebih baik.
Dalam keadaan sebegini, pelaburan dalam sektor hartanah mungkin menjadi antara pilihan.
Sebagai satu instrumen pelaburan tradisional, hartanah sentiasa menjanjikan pulangan menarik, terutama dalam jangka panjang kerana ia membabitkan sumber paling penting, iaitu tanah yang mana jumlahnya adalah terhad, manakala permintaannya pula akan terus meningkat sejajar pertumbuhan bilangan penduduk.
Namun bagi mendapatkan pulangan lumayan dalam tempoh yang disasarkan, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan membeli sesuatu hartanah.
Eksekutif Kanan Jualan Projek SK Brothers Realty (M) Sdn Bhd, Zainal Ashraf Zainal Abidin, berkata lokasi sesuatu hartanah menjadi faktor penting kepada pembeli yang mahu membeli rumah sebagai pelaburan.
Katanya, lokasi yang baik menjanjikan nilai hartanah boleh meningkat dengan cepat.
“Sebagai contohnya, pilih hartanah di lokasi yang hampir dengan kemudahan pengangkutan seperti LRT dan laluan bas.
“Hartanah di lokasi seperti ini mudah untuk disewa berbanding di kawasan yang jauh daripada kemudahan pengangkutan, malah kadar sewa juga jauh lebih tinggi,” katanya.
Pengurus Pemasaran Metro Kajang Holdings Bhd, Johnny WC Lam, berkata kedudukan kewangan yang kukuh mendorong pembeli membeli apa saja jenis hartanah yang mereka mahukan sama ada untuk kediaman ataupun komersial.
Hartanah yang dibangunkan di lokasi strategik dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi selalunya menjadi pilihan pelabur.
Di samping itu, katanya bagi yang yang mahu menikmati pulangan pelaburan dalam jangka panjang, hartanah komersial seperti kedai pejabat dan industri ringan menjadi antara pilihan.
“Pemilihan unit komersial sebagai pelaburan jangka panjang mampu memberi pulangan yang baik kepada pembeli.
“Ini adalah masa yang baik untuk membeli hartanah untuk pelaburan kerana harganya akan terus meningkat,” katanya.
Pengarah Urusan Faber Group Bhd, Adnan Mohammad pula berkata, hartanah di Lembah Klang akan terus menjadi pilihan pembeli, meskipun harganya adalah agak tinggi.
Beliau berkata, walaupun harga hartanah terus meningkat berikutan kenaikan kos bahan binaan, lokasi memainkan peranan utama khususnya yang beralamat di Kuala Lumpur memandangkan ia mempunyai kelebihan dalam melonjakkan harga hartanah terbabit.
“Ada pembeli yang lebih bertumpu kepada projek di Kuala Lumpur kerana harga hartanah di lokasi berkenaan mampu melonjak dengan cepat.
“Mereka sanggup membuat pelaburan tinggi untuk mendapatkan hartanah yang mampu memberi pulangan tinggi,” katanya sambil menambah jaringan hubungan yang baik juga memberi kesan kepada nilai sesuatu projek.
Oleh Nor Liza Ahmad
norli@bharian.com.my
—————————————-


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_yeoz_2.gif)