debat anwar shabery
Wednesday, July 16th, 2008debat ini adalah satu titik permulaan ke arah era politik baru yang lebih maju dan terbuka di mana rakyat diberi pendedahan dan peluang untuk mengetahui pandangan dari kedua-dua belah pihak iaitu pembangkang dan kerajaan tentang sesuatu isu.. acara sebegini pertama kali dilakukan di Malaysia.. ini aku nampak adalah satu cara berpolitik yang sihat di mana kalau diteruskan lagi cara sebegini di masa akan datang kita akan menjadi satu bangsa yang lebih maju dan lebih bertamadun..
beberapa pandangan tentang debat tersebut:
1.aku rasa betul tentang apa yang diperkatakan oleh DS Anwar dalam debat tersebut.. kita bukannya membincangkan nak ambil keseluruhan hasil petronas.. apa yang dipentingkan sekarang adalah bagaimana duit yang diperolehi daripada petronas itu digunakan dan diuruskan sebaik-baiknya agak tiada kebocoran dan ketirisan dan wang itu digunakan sepenuhnya untuk rakyat..
2.kalau nak dikatakan duit tersebut digunakan untuk pembangunan.. kita ambil contoh para petani dan nelayan.. mana yang mereka lebih suka.. dapat subsidi diesel ataupun dapat sensor tercanggih abad ini yang boleh mengesan kerosakan enjin boat.. aku rasa dah tentu subsidi diesel kan.. so sama juga kalau nak dibandingkan.. harga minyak murah atau koridor sana sini??..
3.debat ini menunjukkan yang menteri penerangan kita sebenarnya taklah diterangi sangat sebab banyak information yang dia tak tahu.. lebih kepada attacking DS Anwar’s personal.. kan lebih baik kalau Shabery bagi fakta instead of melalut pasal apa yang DS Anwar dah buat zaman2 dahulu kala.. Semasa DS Anwar respond dengan memberikan fakta dan menceritakan cara-cara nak turunkan harga minyak, Shabery pula sibuk menceritakan tentang DS Anwar buat itu dan ini zaman dahulu yang takde kena mengena langsung dengan cerita minyak.. come on lah mentori oi.. nak debat ke nak attack personal..
4.panel Shabery sepatutnya buat homework dahulu sebelum datang jadi geng Shabery.. dia kata pada DS Anwar “Datuk Seri telah menyentuh perkara yang bukan berkaitan dengan minyak contohnya IPP..”
DS Anwar jawab “IPP tue berkaitan dengan minyak dan gas..”
alamak bro.. you memang sepatutnya kena buat homework dulu sebelum datang.. malu beb..
5.apa yang aku paham berdasarkan debat ini adalah sebelah pihak (DS Anwar) mengatakan kalau kita tak cukup kain kita koyakkan cadar sikit, langsir sikit, kain2 lama sikit supaya kita boleh buat baju.. sementara lagi satu pihak (Shabery) kata kita tak boleh buat apa2 sebab semua orang menghadapi masalah yang sama.. so kat sini kita boleh nampak yang satu pihak cuba nak menyelesaikan masalah sedaya mungkin dan satu lagi pihak cuma tahu surrender sebab seluruh dunia mengalami nasib yang sama..
6.walaupun takde keputusan.. rakyat semua dah boleh menilai dan tahu siapa yang menang dan siapa yang kalah malam tadi..
lain-lain artikel berkaitan:
- polis pantau lokasi debat Anwar-Shabery
- pemenang debat isu minyak ialah…
- TV9 Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek part 1
- TV9 Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek part 2
- TV9 Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek part 3


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_yeoz_2.gif)