Archive for the ‘financial’ Category

hartanah lokasi strategik pulangan tinggi

Wednesday, July 23rd, 2008

hartanah menjamin pulangan yang tinggi.. yang penting pilih kawasan yang mempunyai lokasi yang baik.. jadi keyword untuk hartanah nie adalah LOKASI.. dan yang kedua.. kalau ada lebihan modal membeli lot-lot kedai adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan..

artikel yang menarik untuk dikongsi bersama..

—————————————-
Instrumen pelaburan tradisional, hartanah sentiasa menjanjikan pulangan menarik.

DALAM keadaan pasaran saham yang kurang memberangsangkan serta kadar faedah bank yang rendah ketika ini, mungkin ramai yang mahu memindahkan dana mereka ke pelaburan yang menjanjikan pulangan lebih baik.

Dalam keadaan sebegini, pelaburan dalam sektor hartanah mungkin menjadi antara pilihan.

Sebagai satu instrumen pelaburan tradisional, hartanah sentiasa menjanjikan pulangan menarik, terutama dalam jangka panjang kerana ia membabitkan sumber paling penting, iaitu tanah yang mana jumlahnya adalah terhad, manakala permintaannya pula akan terus meningkat sejajar pertumbuhan bilangan penduduk.

Namun bagi mendapatkan pulangan lumayan dalam tempoh yang disasarkan, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan membeli sesuatu hartanah.

Eksekutif Kanan Jualan Projek SK Brothers Realty (M) Sdn Bhd, Zainal Ashraf Zainal Abidin, berkata lokasi sesuatu hartanah menjadi faktor penting kepada pembeli yang mahu membeli rumah sebagai pelaburan.
Katanya, lokasi yang baik menjanjikan nilai hartanah boleh meningkat dengan cepat.

“Sebagai contohnya, pilih hartanah di lokasi yang hampir dengan kemudahan pengangkutan seperti LRT dan laluan bas.

“Hartanah di lokasi seperti ini mudah untuk disewa berbanding di kawasan yang jauh daripada kemudahan pengangkutan, malah kadar sewa juga jauh lebih tinggi,” katanya.

Pengurus Pemasaran Metro Kajang Holdings Bhd, Johnny WC Lam, berkata kedudukan kewangan yang kukuh mendorong pembeli membeli apa saja jenis hartanah yang mereka mahukan sama ada untuk kediaman ataupun komersial.

Hartanah yang dibangunkan di lokasi strategik dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi selalunya menjadi pilihan pelabur.

Di samping itu, katanya bagi yang yang mahu menikmati pulangan pelaburan dalam jangka panjang, hartanah komersial seperti kedai pejabat dan industri ringan menjadi antara pilihan.

“Pemilihan unit komersial sebagai pelaburan jangka panjang mampu memberi pulangan yang baik kepada pembeli.

“Ini adalah masa yang baik untuk membeli hartanah untuk pelaburan kerana harganya akan terus meningkat,” katanya.

Pengarah Urusan Faber Group Bhd, Adnan Mohammad pula berkata, hartanah di Lembah Klang akan terus menjadi pilihan pembeli, meskipun harganya adalah agak tinggi.

Beliau berkata, walaupun harga hartanah terus meningkat berikutan kenaikan kos bahan binaan, lokasi memainkan peranan utama khususnya yang beralamat di Kuala Lumpur memandangkan ia mempunyai kelebihan dalam melonjakkan harga hartanah terbabit.

“Ada pembeli yang lebih bertumpu kepada projek di Kuala Lumpur kerana harga hartanah di lokasi berkenaan mampu melonjak dengan cepat.

“Mereka sanggup membuat pelaburan tinggi untuk mendapatkan hartanah yang mampu memberi pulangan tinggi,” katanya sambil menambah jaringan hubungan yang baik juga memberi kesan kepada nilai sesuatu projek.

Oleh Nor Liza Ahmad
norli@bharian.com.my
—————————————-

the removal of interest free period for credit card user

Wednesday, June 4th, 2008

With effect from July, credit cardholders who don’t pay up in full and on time may end up paying more.

Last year, Bank Negara Malaysia announced a tiered pricing structure (TPS), which will be implemented this July 1, under which those who settle their minimum payments promptly will be charged a reduced interest of 15% to 17% per annum, instead of the usual 18%. However,
credit cardholders are now crying foul over a recent development - THE REMOVAL OF THE INTEREST-FREE PERIOD FOR THOSE WHO DO NOT PAY UP THEIR BILLS IN FULL.

Under current arrangements, credit cardholders enjoy a 20-day interest-free period on their new retail transactions. However, AFTER JULY, only those who make FULL PAYMENTS BEFORE THE DUE DATE will be entitled to the INTEREST-FREE DAYS. Those who make ONLY PARTIAL OR MINIMUM PAYMENTS will be CHARGED INTEREST ON THE DAY THE NEW PURCHASES ARE POSTED TO THE CARD’S ACCOUNTS.

In addition, the LATE PAYMENT CHARGE is NOW A MINIMUM of RM10.00 or 1% on TOTAL OUTSTANDING BALANCES; previously it was 1% of the minimum payment amount…’

————————————————————
-An excerpt from ‘News: Credit Cardholders, It Pays To Pay Up In Full’ by Tan Su-Yin, Personal Money - The Edge Magazine On Managing Your Finances, Issue #82, June 2008; pg. 10

pengiraan OD ASB

Sunday, January 20th, 2008

jom kita bincang tentang penggunaan Over Draft bersandarkan sijil ASB (OD ASB) nie.. mari kita share pengiraan-pengiraan dan fungsi-fungsi OD ASB..

salah satu tujuan utama OD ASB nie supaya kita boleh maksimumkan saving kita…. sebagai contoh, kata lah sebelum nie kita cuma saving ke dalam ASB RM300 sebulan tapi kalau guna kaedah OD ASB kita boleh gandakan saving sampai RM600.. tapi sebelum tue masing-masing kenalah tahu masing-masing punya tahap kewangan dan juga cashflow sebab setiap orang mempunyai cara perbelanjaan yang berbeza..

sebagai permulaan katakan kita ada duit simpanan

ASB = RM11000 (jumlah minimum nak memohon OD ASB)

Bank akan bagi 95% dari jumlah ASB
95% x RM11000 = RM10450

sebelum nie katakanlah kita saving RM100 tiap-tiap bulan ke dalam ASB..
dari kaedah OD ASB nie kita cuba simpan dalam ASB kita RM200 tiap-tiap bulan..
jadi dalam 1 tahun kita akan simpan/guna RM2400

dividen ASB 8.5%

jadi pada tahun ke-2..

kita dapat dividen pada jumlah simpanan yang memang ada RM11000 + dividen daripada yang kita simpan tiap-tiap bulan dari akaun OD ke dalam ASB RM2400
jadi jumlah dividen yang diperolehi adalah RM1139..
dividen yang kita dapat nie kita masukkan semula ke dalam akaun OD..

ulang langkah2 tersebut setiap tahun dan kita akan lihat pada permulaannya baki akaun OD kita akan berkurang tapi lama-kelamaan baki tersebut akan bertambah semula sebab semakin banyak dividen yang kita dapat kerana simpanan kita semakin bertambah..

sebagai ringkasan untuk pengiraan tersebut:

ASB = RM11000
OD = 95% x RM11000 = RM10450
dividen 8.5%

tahun pertama
jumlah OD yang digunakan = RM2400
baki OD = RM10450 - RM2400 = RM8050

tahun ke-2
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 = RM13400

awal tahun ke-2 kita akan memperolehi dividen ASB
dividen ASB = 8.5% x (RM11000 + RM2400) = RM1139

keluarkan dividen tadi dan masukkan semula ke dalam akaun OD
baki akaun OD = RM8050 + RM1139 = RM9189

seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-2 = RM2400 setahun
baki OD sekarang = RM9189 - RM2400 = RM6789

tahun ke-3
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 = RM15800
dividen ASB = 8.5% x 15800 = RM1343
baki akaun OD = RM6789 + RM1343 = RM8132
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-3 = RM2400 setahun
baki OD = RM8132 – RM2400 = RM5732

tahun ke-4
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 = RM18200
dividen ASB = 8.5% x 18200 = RM1547
baki akaun OD = RM5732 + RM1587 = RM7279
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-4 = RM2400 setahun
baki OD = RM7279 – RM2400 = RM4879

tahun ke-5
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM20600
dividen ASB = 8.5% x RM20600 = RM1751
baki akaun OD = RM4879 + RM1751 = RM6630
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-5 = RM2400 setahun
baki OD = RM6630 – RM2400 = RM4230

tahun ke-6
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM23000
dividen ASB = 8.5% x RM23000 = RM1955
baki akaun OD = RM4230 + RM1955 = RM6185
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-6 = RM2400 setahun
baki OD = RM6185 – RM2400 = RM3785

tahun ke-7
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM25400
dividen ASB = 8.5% x RM25400 = RM2159
baki akaun OD = RM3785 + RM2159 = RM5944
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-7 = RM2400 setahun
baki OD = RM5944 – RM2400 = RM3544

so kat sini kita dah boleh nampak baki ASB kita pada tahun ke-7 dah ada RM25400.. bermakna kita dah pun berjaya menggandakan simpanan kita dalam masa 7 tahun tanpa usik perbelanjaan harian kita sebab duit yang digunakan adalah duit daripada akaun OD kita..

setiap tahun ulang balik kaedah yang sama..

tahun ke-8
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM27800
dividen ASB = 8.5% x RM27800 = RM2363
baki akaun OD = RM3544 + RM2363 = RM5907
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-8 = RM2400 setahun
baki OD = RM5907 – RM2400 = RM3507

tahun ke-9
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM30200
dividen ASB = 8.5% x RM30200 = RM2567
baki akaun OD = RM3507 + RM2567 = RM6074
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-9 = RM2400 setahun
baki OD = RM6074 – RM2400 = RM3674

tahun ke-10
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM32600
dividen ASB = 8.5% x RM32600 = RM2771
baki akaun OD = RM3674 + RM2771 = RM6445
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-10 = RM2400 setahun
baki OD = RM6445 – RM2400 = RM4045

so kat sini kita nampak baki akaun OD dah mula menunjukkan pertambahan semula pada tahun ke-9, 10 dan seterusnya akan semakin bertambah..

untuk tahun-tahun seterusnya bolehlah cuba kira sendiri..

pada masa yang sama disebabkan kita guna OD ASB nie berdasarkan interest 6.75%, maka interest akan dikenakan sebanyak

RM2400 x 6.75% = RM162 setahun
RM2400 x 6.75% / 12 = RM13.50 sebulan
RM2400 x 6.75% / 365 = RM0.44 sehari

ada cara yang boleh digunakan untuk kita kurangkan interest charge yang dikenakan tiap-tiap bulan tersebut.. kita bincangkan untuk next topik pulak nanti..

harap-harap semua boleh paham apa yang aku cuba sampaikan nie.. yang penting cara kita manage duit kita tue nanti.. maklumlah nampak depan mata RM11000.. confirm kelabu mata punya.. so gunakanlah dengan cara yang berhemah..

ah kau’s story

Monday, January 14th, 2008

Something to ponder.

Ah Kau is a guy who sells newspaper every morning next to your apartment, and you are one of his daily regular customers. Before dashing off to your office every day, you will go to his small stall and buy The Star newspaper. Wearing a newly pressed shirt, a tie, and a pair of Clarks shoes, you grab a copy of The Star, pay RM1.20 and exchange smiles with Ah Kau and greet him.

“Apa macam Ah Kau ini hari? Bisnes ada baik?”

The normal greeting like you do every day. Yes, Ah Kau doesn’t speak English. He speaks Chinese and knows a little bit of Malay. He speaks a little bit of Malay but with a very thick Chinese accent.

“Biasa saja! ini bisnes aa, kadang kadang baik, kadang kadang tada untung.”
“Biasalah hidup. Kadang kadang ok, kadang kadang tak ok.”

You give Ah Kau a pat on the back. You smile and walk away and get into your car. You start the engine and start driving to your office, a multinational semiconductor company located in a premier industrial area. You are a young and promising finance executive and the future looks bright for you.

A year goes by and things look pretty good on the track. You decide to marry your fiance and have your new wife moves in to your place. Both of you feel happy because you can save more money as the two of you will be sharing one apartment and can live as one.

Ah Kau is still selling the newspaper as usual. Sometimes in the morning your wife gets the newspaper from Ah Kau instead of you. A year later a child comes along, and you decide to buy and move into a newly developed condominium just across the street. This place is bigger so it will be perfectly fit for the 3 of you. But since both of you are working, you decide to get a maid to take of the household and your kid.

By this time you’re offered a managerial job from another multinational; the remuneration package offered is much better in terms of the pay, contractual bonus, medical benefits, ESOS scheme and a few others which make it impossible for you to decline. So you join this company happily. You get busier. You realize that you spend less and less time with your family.

When your department is busy preparing for the next audit, your working hours become more and more ridiculous. Any internal issues arising in the office means you’ll be stuck in the office until 8 or 9 pm. Sometimes, during the weekend, you’ll spend your time in your office, buried under paper works and documentation’s, instead of taking your family for a walk in the park.

One morning, on your way to get your copy of The Star, you realized that Ah Kau is no longer in his stall. So is his rundown motorbike. Instead, there’s another young Chinese guy at the stall.

“What happen to Ah Kau?” You ask out of curiosity.
“Oh, he is still around, but he is no longer taking care of this stall as he has opened up a new grocery shop down town. I am running this newspaper stall for him.”
“Ok.” you smile.

You feel happy for Ah Kau. At last he manages to improve his life. Your normal life continues. A year passes by and at the end of your company’s fiscal year, you’re rewarded for your effort with a 5 months bonus pay-out by your employer. Wow. Now that is a very handsome reward. You feel your effort has been equally compensated.

To celebrate, you decide that it’s time to trade your 5-year old Proton Wira to the latest Honda Civic model. It won’t be much a problem to you to get a loan scheme from the bank as your pay slip will provide you an easy gateway to access financial help from any bank.

One day, the hardest reality of life hits you right on the face. The company that you’ve been working for years announces that they’re moving their business to China for cost and competitive reason and has asked you to find a job somewhere else.

“What?”You scream out cold. “I got a lot of liabilities on the card! Who’s gonna pay for my mortgage? My car? My credit card? My gym fees? My bills?”

You yell like there’s no way out. This is the first time you feel let down by your own employer. All your hard work seem to go up on the smoke. You feel sick. You now hate your company.

On the way home, you stopped by at a mamak restaurant for a cup of the tarik while pondering about your future. Alone. Suddenly you saw this new, shiny BMW 3 series being parked nearby. And to your surprise, it was Ah Kau. Yes, Ah Kau who used to sell newspapers nearby your old apartment.

“What happened to old Ah Kau?” You whisper to yourself. Ah Kau still recognizes you, and sit next to you, and shared his story.

To make it short, Ah Kau had accumulated his money from selling newspapers to open more stalls, one after another. Every new stall is run by his workers so that he focused on opening more and more stalls, which in turn give him more and more money.

Over the years, he had accumulated enough cash to open up new grocery store while at the same time buying more assets to grow his wealth. And his current wealth and success is achieved without any loan or financial help from banks and other financial institutions.

There you go. That’s the story. While Ah Kau is set to become financially free, you’re back to where you’re started before. Ground zero. Before leaving, Ah Kau gives you a familiar quote,

” Biasalah hidup. Kadang kadang ok, kadang kadang tak ok.”

He gives you a pat on the back and walks away. In reality, if you’re observant enough, there are a lot of Ah Kaus out there, that you will see every day and everywhere you go. The names are different, but inside them is every character of Ah Kau. They might be Uncle Dorai, Ah Chong, Pak Abu, Makcik Gemuk, Pak Man nasi lemak or others.

They look to be struggling on the surface, but if you look carefully and compare with you life, many of them are living with little or no liabilities. They ride an old kapcai bike. They live in an old rundown house. They don’t have credit card to swipe. They wear a 10-year old shirt and short. No new, shiny Toyota Harrier. In short, their living means are far below than yours. But what you don’t realize is that many of them can save more money than yours, and over the years generate enough money to expand their business, or invest in properties. Their asset columns are much thicker than that of yours.

So the next time you see Ah Kaus, never look down on them, and never under estimate them. Or else you’re up for a harsh reality lesson.

pengiraan dividen dan bonus ASB

Tuesday, January 1st, 2008

Contoh pengiraan dividen dan bonus, dengan dua kes yang berbeza:

Kadar dividen 2006 = 7.3%
Kadar bonus 2006 = 1.25%

Kes 1: Melabur RM10,000 pada 1 Jan 2006 (baki minima adalah baki minima pada 1hb bulan tersebut), berapakah hasil pendapatan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006.

DIVIDEN
Jumlah baki minima bulan Jan - Dis 2006 (Semuanya RM10,000) = 12 * 10000
Dividen = 120000/12 * 7.3% = 730

BONUS
Jumlah baki minima bulan Jan 1997 - Dis 2006 = 12 * 10000
(Baki minima sebelum Jan 2006 adalah kosong)
Bonus = 120000/120 * 1.25% = 12.50

Jumlah Pendapatan = 730 + 12.50 = 742.50
Jumlah Baki Simpanan = 10000 + 742.50 = RM10742.50

Maka kadar pendapatan sebenar untuk tempoh Jan - Dis 2006 adalah =
((10742.50/10000) - 1) x 100 = 7.425%

————–

Kes 2: Melabur RM1,000 pada awal setiap bulan daripada Jan hingga Dis 2006, jadi jumlah pelaburan adalah RM12,000.

DIVIDEN
Jumlah baki minima bulan Jan - Dis 2006 =
1000 + 2000 + 3000 + … + 10000 + 11000 + 12000 = 78000
Dividen = 78000/12 * 7.3% = 474.50

BONUS
Jumlah baki minima bulan Jan 1997 - Dis 2006 = 78000
(Sama dengan baki minima dividen di atas, kerana baki minima sebelum 2006 adalah 0)
Bonus = 78000/120 * 1.25% = 8.125

Jumlah Pendapatan = 474.50 + 8.125 = 482.625
Jumlah Baki Simpanan = 12000 + 482.625 = RM12482.625

Maka kadar pendapatan sebenar untuk tempoh Jan - Dis 2006 adalah =
((12482.625/ 12000) - 1) x 100 = 4.022%

Setelah memperoleh kadar pulangan sebenar, bolehlah anda membuat pengiraan untuk jumlah simpanan yang berbeza.

Contohya, jika dalam kes 1 anda menyimpan RM12,000, maka pulangannya adalah 12000 * 7.425%. Jika dalam kes 2 anda menyimpan RM300 setiap bulan, maka pulangannya adalah 23400 * 4.022% (300 + 600 + … + 3300 + 3600). Perhatikan kes 1 lebih mudah untuk membuat pengiraan.

Kesimpulannya, jika anda mampu masukkan saja semua bonus gaji yang anda terima pada setiap hujung tahun dalam ASB untuk mendapat kadar pulangan yang lebih baik. Kalau tak dapat juga, barulah simpan secara ansuran setiap bulan, pulangannya mungkin kurang untuk tahun pertama, tetapi tahun kedua pulangannya akan lebih baik.

Bonus pula akan memberi manfaat lebih banyak kepada pelabur yang tidak mengusik simpanan mereka sejak 10 tahun yang lalu.

p/s : pengiraan nie aku cilok bulat2 daripada satu tempat yang aku dah tak ingat mana sumber aku dapat benda nie.. tapi segala maklumat yang tertulis adalah betul dan disahkan.. so aku ucapkan ribuan terima kasih atas maklumat2 nie.. semoga makin banyak perkongsian ilmu dilakukan sesama kita..

cara mendaftar perniagaan ROC

Thursday, November 15th, 2007

to bro. bahtiar.. walaupun kita tak pernah bersua muka.. aku ucapkan terima kasih banyak2 sebab bagi manual cara mendaftar perniagaan nie.. harap tak kisah dimasukkan ke dalam blog aku ini atas dasar perkongsian maklumat.. thanks..

” Assalamualaikum.

Hari ini saya baru selesai mendaftar perniagaan bakeri baru saya.
‘The Bakers Place’ dengan rasminya telah didaftarkan pagi tadi.

Caranya begini;

1. Sediakan satu salinan fotostat kad pengenalan untuk dibawa ke pejabat SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

2. Pergilah ke pejabat SSM di tingkat 2 kompleks The Mall. Dibuka mulai jam 8.30pagi. Kalau tak mau beratur panjang, pagi tu 8.30 mesti ada kat depan pintu SSM. Masa tu tak ramai orang, urusan akan lebih selesa dan cepat.

3. Sampai SSM terus ke kaunter borang. Minta borang PNA42(permohonan nama perniagaan). Isi borang PNA42 dan serah semula ke kaunter tadi untuk dapatkan nombor giliran.

4. Masuk ke dalam dan cari kaunter no.12. Letakkan borang PNA42 tadi ke dalam tray yang disediakan. Tunggu nombor giliran naik. Bila nombor dipanggil, dah dapat keputusan nama perniagaan tu lulus atau tidak. Dapat surat pengesahan nama perniagaan dan Borang-A.

5. Isi Borang-A (permohonan daftar perniagaan)

6. Pergi ke Pesuruhjaya Sumpah untuk dapatkan cop pengesahan pada borang. Pesuruhjaya sumpah tu ada kat opis-opis kecik sekitar luar pintu SSM tu. Tanya pak guard la kalau tak tau. Bayaran Pesuruhjaya Sumpah cuma RM5.00

7. Datang semula ke kaunter borang untuk ambil nombor giliran.

8. Masuk dalam ruang menunggu dan tunggu nombor naik.

9. Nombor naik. Gi kat kaunter yang panggil tu serahkan Borang-A, Surat Pengesahan Nama Perniagaan dan bayaran RM70 tunai.

10. Satu jam kemudian (dalam sejam tu pergi la minum-minum dulu) pergi ke kaunter no.12 dan collect lah Sijil Pendaftaran Perniagaan anda tu.. Check dulu kalau ada apa-apa kesilapan. Siap.. Dah ok.. baliklah dengan puashatinya. Jam pun baru pukul 10.30

Modal cuma RM75 sahaja.
Tak perlu guna perkhidmatan ulat. Buat sendiri lagi bagus, tapi ingat.. datang pagi kol 8.30

Selamat berniaga!!..

KESILAPAN KEWANGAN UMUM - Berapa Yang Anda Lakukan?

Saturday, November 10th, 2007

KESILAPAN KEWANGAN UMUM - Berapa Yang Anda Lakukan?
(Di petik dari buku Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang)

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak Apa, Nanti Dulu, Lepas Kahwin, Bila Anak Dah Besar, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i. Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii. Bila jangka masa pencapaiannya?
iii. Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Insuran yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!!!
Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan bertauliah.