Archive for the ‘den tulih..’ Category

debat anwar shabery

Wednesday, July 16th, 2008

debat ini adalah satu titik permulaan ke arah era politik baru yang lebih maju dan terbuka di mana rakyat diberi pendedahan dan peluang untuk mengetahui pandangan dari kedua-dua belah pihak iaitu pembangkang dan kerajaan tentang sesuatu isu.. acara sebegini pertama kali dilakukan di Malaysia.. ini aku nampak adalah satu cara berpolitik yang sihat di mana kalau diteruskan lagi cara sebegini di masa akan datang kita akan menjadi satu bangsa yang lebih maju dan lebih bertamadun..

beberapa pandangan tentang debat tersebut:

1.aku rasa betul tentang apa yang diperkatakan oleh DS Anwar dalam debat tersebut.. kita bukannya membincangkan nak ambil keseluruhan hasil petronas.. apa yang dipentingkan sekarang adalah bagaimana duit yang diperolehi daripada petronas itu digunakan dan diuruskan sebaik-baiknya agak tiada kebocoran dan ketirisan dan wang itu digunakan sepenuhnya untuk rakyat..

2.kalau nak dikatakan duit tersebut digunakan untuk pembangunan.. kita ambil contoh para petani dan nelayan.. mana yang mereka lebih suka.. dapat subsidi diesel ataupun dapat sensor tercanggih abad ini yang boleh mengesan kerosakan enjin boat.. aku rasa dah tentu subsidi diesel kan.. so sama juga kalau nak dibandingkan.. harga minyak murah atau koridor sana sini??..

3.debat ini menunjukkan yang menteri penerangan kita sebenarnya taklah diterangi sangat sebab banyak information yang dia tak tahu.. lebih kepada attacking DS Anwar’s personal.. kan lebih baik kalau Shabery bagi fakta instead of melalut pasal apa yang DS Anwar dah buat zaman2 dahulu kala.. Semasa DS Anwar respond dengan memberikan fakta dan menceritakan cara-cara nak turunkan harga minyak, Shabery pula sibuk menceritakan tentang DS Anwar buat itu dan ini zaman dahulu yang takde kena mengena langsung dengan cerita minyak.. come on lah mentori oi.. nak debat ke nak attack personal..

4.panel Shabery sepatutnya buat homework dahulu sebelum datang jadi geng Shabery.. dia kata pada DS Anwar “Datuk Seri telah menyentuh perkara yang bukan berkaitan dengan minyak contohnya IPP..”
DS Anwar jawab “IPP tue berkaitan dengan minyak dan gas..”
alamak bro.. you memang sepatutnya kena buat homework dulu sebelum datang.. malu beb..

5.apa yang aku paham berdasarkan debat ini adalah sebelah pihak (DS Anwar) mengatakan kalau kita tak cukup kain kita koyakkan cadar sikit, langsir sikit, kain2 lama sikit supaya kita boleh buat baju.. sementara lagi satu pihak (Shabery) kata kita tak boleh buat apa2 sebab semua orang menghadapi masalah yang sama.. so kat sini kita boleh nampak yang satu pihak cuba nak menyelesaikan masalah sedaya mungkin dan satu lagi pihak cuma tahu surrender sebab seluruh dunia mengalami nasib yang sama..

6.walaupun takde keputusan.. rakyat semua dah boleh menilai dan tahu siapa yang menang dan siapa yang kalah malam tadi..

lain-lain artikel berkaitan:
- polis pantau lokasi debat Anwar-Shabery
- pemenang debat isu minyak ialah…
- TV9 Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek part 1
- TV9 Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek part 2 
- TV9 Debat - Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek part 3

lrt, monorel dan komuter..

Tuesday, July 15th, 2008

baru-baru nie aku telah meluangkan masa untuk pergi berjalan-jalan tengok hasil seni sambil membeli-belah kat CM (central market).. memandangkan hari tue hari ahad so untuk menjimatkan masa aku park kat klcc dan kemudian naik lrt ke pasar seni.. masa perjalanan pun 5 minit and tambang pun tak sampai 2 ringgit..

so biasalah bila kita naik kenderaan awam nie macam-macam perilaku manusia boleh kita tengok.. jadi ada beberapa perilaku orang-orang yang naik lrt dengan aku tadi yang aku rasa tak berkenan di hati.. aku rasa manusia-manusia lain yang ada kesedaran sivik pun akan rasa tak selesa dengan aktiviti-aktiviti yang kurang bermoral nie..

pertama sekali aku tengok kebanyakan orang berebut nak masuk cepat2.. maklumlah kalau lambat tak dapek tempat duduk.. sampaikan tak sempat2 nak tunggu orang keluar.. dah lah tak nak beratur, sepatutnya kita bagi orang dari dalam keluar dulu lepas tue barulah kita masuk.. ini tidak, memang tak bagi can pada orang lain nak keluar.. terus menonong je masuk..

lepas tue aku tengok ada yang duduk kat seat tue kaki letak atas tempat duduk.. apa ingat bangku tue daddy korang yang punya.. cuba la duduk bersopan sket.. heheh.. aku kat bangku bapak aku sendiri pun aku tak duduk letak kaki kat atas..

pastue tambah pulak dengan bunyi handphone.. pergh.. memang bunyi ringtone tue paling maksima diletaknya.. kalau ada pakcik sakit jantung silap2 boleh KO dibuatnya.. apalah salahnya di’vibrate’ kan handphone tue.. ini tidak, seboleh-bolehnya nak menunjuk yang nada dering yang di download tue nada dering tercanggih untuk abad nie.. lepas tue bercakap dalam phone macam bercakap kat dalam disko.. kuat nak mampos.. sampaikan pakcik drebar lrt pun boleh dengar.. eh lrt ade drebar ke??..

pastue ada pulak yang duduk atas lantai.. tak ke kotor tue.. kalau stay sampai destinasi duduk atas lantai takpe la jugak.. ni kang bila ada seat kosong berebut la pulak nak duduk dengan bontot seluar yang kotor tadik tue.. orang yang duduk lepas tue la pulak jadi mangsa.. berabuk.. ntah2 ada taik anjing ke melekat kat seluar tue.. wallahualam..

budak-budak muda yang tough n macho nie pun satu hal.. nampak makcik yang dah tua berdiri pun bukannya nak di offer tempat duduk.. buat-buat tak nampak yo.. ikutkan hati nak je aku cakap “bagilah tempat duduk kat makcik tue” .. tapi kang diorang ingat aku dengki dan jeles tak dapat duduk la pulak..

dalam masa 5 minit je aku perhatikan macam2 dah berlaku.. kalau aku menetap dalam lrt sure macam2 karenah lagi boleh aku jumpa.. tak tahulah bila orang-orang kita nie nak ubah sikap..:)

aku block kat sini.. kau block kat sana.. roger n’ out..

Monday, July 14th, 2008

“besok malas pergi kerja lah” <–yang nie bakal kena potong gaji..
“besok ikut jalan lain lah tapi kena 3 tol” <–yang nie bakal tak makan lunch harinie budget dah lari..
“besok aku gi keja awal lah, sebelum suboh aku bertolak” <–yang nie dah sah tak sembahyang suboh..

ini antara cakap-cakap yang aku dengar semalam sebab hari nie polis nak blok semua jalan-jalan yang menghala ke pusat bandar sebab nak elakkan perhimpunan haram..

click disini untuk detail news..

alamak brader polis.. dah takde kerja lain ke nak buat.. contohnya tangkap orang jahat.. ataupun cari kanak-kanak hilang.. takpun meronda di kawasan-kawasan perumahan sambil jaga keselamatan penduduk..

opss!!.. baru aku teringat.. ini arahan yang tak boleh nak di kompromi.. rakyat marhaen bayar income tax sikit aje so tak perlu dilayan elok-elok..

kopi mahal masuk IPTA

Friday, June 27th, 2008

kopi mahal dibenarkan beroperasi di IPTA.. apalah rasionalnya benarkan benda-benda macam nie beroperasi di IPTA.. salah satu sebab yang diwarwarkan adalah kerana nak masukkan sistem wi-fi.. ces!! tak perlu masukkan kopi mahal pun sebenarnya boleh masukkan sistem wi-fi..

zaman barang naik nie sepatutnya kita ajar budak2 universiti nie berjimat bukannya semakin membazir duit.. kalau nak minum kopi bancuhlah sendiri.. kalau nak makan donut mintalah emak di kampung buatkan.. aku rasa kos hantar kopi dari kampung ke universiti pun confirm lagi murah daripada beli secawan kat kedai kopi mahal nie!!..

subsidi akan diberi untuk mengurangkan harga kopi mahal nie.. tapi kalau dipikirkan secara logik berapa sen sangat boleh syarikat kopi mahal nie kurangkan harga.. mesti nak jaga kualiti dan imej produk masing-masing.. kalau murah nanti takdelah orang2 kaya yang nak datang minum lagi!!..

kalau diteruskan kita akan nampak dikalangan budak2 IPTA nie akan terbahagi kepada: 1. Budak-budak yang memang mampu beli kopi mahal nie dan lepak berjam-jam; 2. Budak-budak yang tak mampu dan boleh telan air liur je lah tengok dari luar sambil mengumpat budak-budak yang ada kat dalam; 3. Budak-budak yang takde duit tapi nak belagak punya pasal pergi minum jugak kat kopi mahal nie.. semua kategori budak-budak yang dihasilkan seperti di atas takkan mendatangkan apa-apa faedah pun kepada agama, bangsa dan negara..

satu lagi cadangan yang lebih munasabah kalau kita buka peluang kepada franchise bumiputera berniaga kat IPTA nie.. bukannya tak ada bumiputera buat kopi dan donut.. so apa kat bagi peluang pada mereka nie.. sekurang-kurangnya kita memperkenalkan jenama sendiri di IPTA.. harga pun tak lah semahal harga kopi mahal nie..

ataupun banyak cadangan yang didengar adalah dengan menyuruh pelajar sendiri berniaga di universiti masing-masing.. so semangat berniaga nie dah boleh dipupuk dari zaman universiti lagi.. kan ke bagus begitu!!..

kebelakangan nie.. semakin hari semakin banyak keputusan dan cadangan yang bodoh dibuat.. tak paham aku!!..

harga petrol naik 78 sen

Thursday, June 5th, 2008

harga minyak naik lagi!!..

harga petrol naik 78 sen - dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70 diumumkan oleh PM yang juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1.

kenaikan sebanyak 41% bagi petrol dan 63% bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam 4 June 2008.

dikatakan rebate akan diberi untuk kereta 2000cc ke bawah sebanyak RM625 semasa renew roadtax nanti.. mari kita kira!!..

aku pakai minyak sebulan lebih kurang RM 350
RM 350/RM 1.92 = 182 liter
182 liter x 12 bulan = 2184 liter

rebate
RM 625 / RM 0.78 = 801 liter
801 liter / 182 liter = 4.4 bulan

so untuk aku subsidi hanya diberi selama 4 bulan lebih sket.. lagi balance 8 bulan pergi mampus sama ngkau!! minyak tue kau tanggung lah sendiri!!

tue baru harga minyak.. dah sah bila harga minyak naik harga barang pun akan naik secara automatiknya.. macamana dgn orang yang tak ada kenderaan??.. takde roadtax yang nak dibayar, maka tak akan dapatlah rebate yang dijanjikan.. tapi akan terpaksa juga beli barang dengan harga yang berkadar terus dengan harga minyak yang baru nie.. dah dipertimbangkan ke semua nie sebelum dilaksanakan??..adil ke macam tue??!!

mari kita tengok satu lagi fakta :
harga petrol 1 May 2004 = RM 1.37
harga petrol 5 June 2008 = RM 2.70

RM 2.70 - RM 1.37 = RM 1.33
RM 1.33 / RM1.37 = 0.971

bermakna harga petrol dah naik 97.1% sejak 2004.. aku ambil comparison dari tahun 2004 nie sebabnya paham-paham sendiri lah.. nak mencipta rekod ke??

mari tengok lagi satu:

harga minyak negara-negara pengeluar minyak:

UAE – RM1.19/liter
Eygpt – RM1.03/liter
Bahrain – RM0.87/liter
Qatar – RM0.68/liter
Kuwait – RM0.67/liter
Saudi Arabia – RM0.38/liter
Iran – RM0.35/liter
Nigeria – RM0.32/liter
Turkmenistan – RM0.25/liter
Venezuela – RM0.16/liter
MALAYSIA - RM2.70/liter <-- apa ke jadahnya pengeluar minyak tapi harga tinggi sama dengan negara yang tak keluarkan minyak!!

adakah ini salah satu hadiah kerajaan kepada rakyat kerana bagi mandat pada mereka baru2 nie??!! ..bakal menyusulkah lagi hadiah-hadiah lain??!!..

dan apa yang mereka mereka tau kata cuma “ubah gaya hidup”.. tapi sampai bila??..

ubah gaya hidup!!

Thursday, June 5th, 2008

kalau dulu pergi kerja naik motor.. sekarang nie naik lah basikal..
kalau dulu makan nasi.. sekarang nie makan lah ubi kayu..
kalau dulu tengok astro.. sekarang nie dengar je lah radio..
kalau dulu sakit pegi hospital.. sekarang nie kalau sakit picit je lah sendiri kepala hotak tue..
kalau dulu selalu balik kampung ziarah mak bapak.. sekarang nie cukuplah jumpa sekali masa raya..

teori signal dan pedal minyak kereta

Saturday, October 20th, 2007

bila tiba je time musim perayaan kat malaysia nie maka secara automatiknya kita boleh tengok bertambah banyaklah kereta kat jalan raya.. semua orang nak balik ke kampung halaman masing2.. yang dari utara menghala ke selatan, yang dari selatan menghala ke utara, timur, barat dan seantero.. nak dijadikan cerita.. disebabkan terlampau banyaknya kereta kat atas jalanraya time-time macam nie.. so aku pun try lah satu experiment semasa aku dalam perjalanan balik ke kampung nak beraya.. experiment nie aku panggil ‘teori signal dan pedal minyak kereta’..

alat2 yang diperlukan :

1. kereta sendiri;
2. signal kereta sendiri yang berfungsi;
3. kereta orang lain yang datang dari belakang;
4. kereta orang lain di depan

so experiment nie mudah aje..

experiment pertama ialah time traffic jam dalam keadaan jalan dua lorong dimana semua kereta dalam keadaan statik.. aku try bagi signal untuk tukar lane.. tiba2 kereta dari belakang lane sebelah melompat kedepan sepantas mungkin untuk menutup ruang semacam ada tarikan magnet.. so tak dapek lah nak tukar lane walaupun dah bagi signal..

experiment kedua adalah semasa berada di highway 3 lorong.. aku try lorong tengah.. lepas check cermin pandang belakang dan side mirror aku pun bagi signal untuk menukar lorong ke kanan.. tadi dah dipastikan yang kereta yang datang dari belakang tue jauh lagi.. tiba2 je kereta yang tadi jauh tue dah ada dekat di belakang aku ‘mencucuk angin’.. pergh macam racing lah pulak rasanya.. so aku pun balik lah semula ke lane asal.. tapi lepas tue kereta yang belakang tue takdelah pulak melepasi kereta aku dengan sepantas kilat.. pemotongan yang dilakukan adalah secara perlahan.. tak sama pulak dengan kelajuan masa aku di lane yang tadi..

experiment ketiga adalah semasa berada di jalan dua hala boleh memotong.. aku bagi signal untuk potong kereta depan setelah aku pastikan takde kereta dari arah bertentangan.. kereta yang aku cuba potong tue semakin laju.. tadi perlahan je sebelum aku potong.. aku pun tekan minyak lagi.. kereta depan tadi yang sekarang berada di sebelah kiri aku pun tekan minyak jugak.. tak boleh jadik nie.. aku pun tekan minyak lagi.. akhirnya berjaya jugak memotong.. bila selesai memotong tue aku tengok kereta yang sekarang nie berada di belakang semakin sayup jauh ditinggalkan.. aik slow lah pulak kereta tue.. tadi laju bukan main..

so selepas aku buat experiment2 tue.. aku dapat kesimpulan yang signal kereta aku nie boleh keluarkan gelombang yang menyebabkan pedal minyak kereta orang lain tertekan dengan sendirinya setiap kali aku bagi signal..

so experiment nie aku dah try kat negara lain tapi tak menjadi.. tapi kat malaysia memang confirm jadi.. so aku betul2 kagum dengan kecanggihan teknologi signal dan pedal minyak kereta kat malaysia nie..

nanti bila2 kalau rajin nanti korang bolehlah try experiment aku nie.. selamat mencuba..

malaysian astronaut

Wednesday, October 10th, 2007

tahniah kepada angkasawan pertama malaysia, Sheikh Muszapar Shukor kerana berjaya ke angkasa selamat balik ke bumi.. walaupun banyak orang kata yang kita nie menumpang je.. tapi bagi aku asalkan dah ke angkasa tue bolehlah kita panggil astronaut..

ini adalah sebagai langkah permulaan untuk org Malaysia teroka angkasa.. mungkin next time tak perlu lah kita guna teknologi Rusia atau Amerika kalau nak hantar angkasawan kalau kita betul2 nak mengangkasakan bangsa.. jadi tak semestinya lagi 4-5 tahun, maybe jugak akan ambil masa 10-20 tahun akan datang barulah kita hantar angkasawan kita yang kedua.. yang mana kita hantar orang kita sendiri dengan teknologi kita sendiri dari negara kita sendiri.. insyaallah..

p/s : kalau hantar lagi 10 orang pun tapi masih guna spaceship rusia atau amerika aku rasa tak payahlah.. membazir.. baik gunakan duit tue untuk tolong orang2 miskin yang ada kat bumi malaysia nie dulu..