lrt, monorel dan komuter..
July 15th, 2008 | by NAGO |baru-baru nie aku telah meluangkan masa untuk pergi berjalan-jalan tengok hasil seni sambil membeli-belah kat CM (central market).. memandangkan hari tue hari ahad so untuk menjimatkan masa aku park kat klcc dan kemudian naik lrt ke pasar seni.. masa perjalanan pun 5 minit and tambang pun tak sampai 2 ringgit..
so biasalah bila kita naik kenderaan awam nie macam-macam perilaku manusia boleh kita tengok.. jadi ada beberapa perilaku orang-orang yang naik lrt dengan aku tadi yang aku rasa tak berkenan di hati.. aku rasa manusia-manusia lain yang ada kesedaran sivik pun akan rasa tak selesa dengan aktiviti-aktiviti yang kurang bermoral nie..
pertama sekali aku tengok kebanyakan orang berebut nak masuk cepat2.. maklumlah kalau lambat tak dapek tempat duduk.. sampaikan tak sempat2 nak tunggu orang keluar.. dah lah tak nak beratur, sepatutnya kita bagi orang dari dalam keluar dulu lepas tue barulah kita masuk.. ini tidak, memang tak bagi can pada orang lain nak keluar.. terus menonong je masuk..
lepas tue aku tengok ada yang duduk kat seat tue kaki letak atas tempat duduk.. apa ingat bangku tue daddy korang yang punya.. cuba la duduk bersopan sket.. heheh.. aku kat bangku bapak aku sendiri pun aku tak duduk letak kaki kat atas..
pastue tambah pulak dengan bunyi handphone.. pergh.. memang bunyi ringtone tue paling maksima diletaknya.. kalau ada pakcik sakit jantung silap2 boleh KO dibuatnya.. apalah salahnya di’vibrate’ kan handphone tue.. ini tidak, seboleh-bolehnya nak menunjuk yang nada dering yang di download tue nada dering tercanggih untuk abad nie.. lepas tue bercakap dalam phone macam bercakap kat dalam disko.. kuat nak mampos.. sampaikan pakcik drebar lrt pun boleh dengar.. eh lrt ade drebar ke??..
pastue ada pulak yang duduk atas lantai.. tak ke kotor tue.. kalau stay sampai destinasi duduk atas lantai takpe la jugak.. ni kang bila ada seat kosong berebut la pulak nak duduk dengan bontot seluar yang kotor tadik tue.. orang yang duduk lepas tue la pulak jadi mangsa.. berabuk.. ntah2 ada taik anjing ke melekat kat seluar tue.. wallahualam..
budak-budak muda yang tough n macho nie pun satu hal.. nampak makcik yang dah tua berdiri pun bukannya nak di offer tempat duduk.. buat-buat tak nampak yo.. ikutkan hati nak je aku cakap “bagilah tempat duduk kat makcik tue” .. tapi kang diorang ingat aku dengki dan jeles tak dapat duduk la pulak..
dalam masa 5 minit je aku perhatikan macam2 dah berlaku.. kalau aku menetap dalam lrt sure macam2 karenah lagi boleh aku jumpa.. tak tahulah bila orang-orang kita nie nak ubah sikap..:)
Tags: komuter, lrt, monorel, ubah sikap


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_yeoz_2.gif)
By nash on Jul 17, 2008
infrastuktur kita dah ada cuma mentaliti kita mmg masih kurang…buatlah kempen ke apa..mcm china boleh je buat kempen kebersihan dan cara naik subway etc…but byk2 poster ke apa…usaha tak ada…atau kalau ada pun kurang..sepatutnya sekolah2 kat kl or lembah kelang espnya..kena ajar anak2 cara nak guna kemudahan awam..mcm sekolah di sini buat…siap buat praktikal cara nak naik train dan guna kemudahan awam sambil2 outing bersama murid2…
By NAGO on Jul 17, 2008
harap-harapnya negara kita nie semakin maju bukan sahaja dari segi infrastruktur tapi juga dari segi mentaliti rakyatnya.. mungkin kita boleh cuba dokumentarikan perkara-perkata tersebut untuk ditonton khususnya oleh orang-orang malaysia.. contohnya cara-cara naik train ataupun cara-cara betul menggunakan eskalator..