harga petrol naik 78 sen
June 5th, 2008 | by NAGO |harga minyak naik lagi!!..
harga petrol naik 78 sen - dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70 diumumkan oleh PM yang juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1.
kenaikan sebanyak 41% bagi petrol dan 63% bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam 4 June 2008.
dikatakan rebate akan diberi untuk kereta 2000cc ke bawah sebanyak RM625 semasa renew roadtax nanti.. mari kita kira!!..
aku pakai minyak sebulan lebih kurang RM 350
RM 350/RM 1.92 = 182 liter
182 liter x 12 bulan = 2184 liter
rebate
RM 625 / RM 0.78 = 801 liter
801 liter / 182 liter = 4.4 bulan
so untuk aku subsidi hanya diberi selama 4 bulan lebih sket.. lagi balance 8 bulan pergi mampus sama ngkau!! minyak tue kau tanggung lah sendiri!!
tue baru harga minyak.. dah sah bila harga minyak naik harga barang pun akan naik secara automatiknya.. macamana dgn orang yang tak ada kenderaan??.. takde roadtax yang nak dibayar, maka tak akan dapatlah rebate yang dijanjikan.. tapi akan terpaksa juga beli barang dengan harga yang berkadar terus dengan harga minyak yang baru nie.. dah dipertimbangkan ke semua nie sebelum dilaksanakan??..adil ke macam tue??!!
mari kita tengok satu lagi fakta :
harga petrol 1 May 2004 = RM 1.37
harga petrol 5 June 2008 = RM 2.70
RM 2.70 - RM 1.37 = RM 1.33
RM 1.33 / RM1.37 = 0.971
bermakna harga petrol dah naik 97.1% sejak 2004.. aku ambil comparison dari tahun 2004 nie sebabnya paham-paham sendiri lah.. nak mencipta rekod ke??
mari tengok lagi satu:
harga minyak negara-negara pengeluar minyak:
UAE – RM1.19/liter
Eygpt – RM1.03/liter
Bahrain – RM0.87/liter
Qatar – RM0.68/liter
Kuwait – RM0.67/liter
Saudi Arabia – RM0.38/liter
Iran – RM0.35/liter
Nigeria – RM0.32/liter
Turkmenistan – RM0.25/liter
Venezuela – RM0.16/liter
MALAYSIA - RM2.70/liter <-- apa ke jadahnya pengeluar minyak tapi harga tinggi sama dengan negara yang tak keluarkan minyak!!
adakah ini salah satu hadiah kerajaan kepada rakyat kerana bagi mandat pada mereka baru2 nie??!! ..bakal menyusulkah lagi hadiah-hadiah lain??!!..
dan apa yang mereka mereka tau kata cuma “ubah gaya hidup”.. tapi sampai bila??..
Tags: barang naik, petrol naik


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_yeoz_2.gif)